Setelah saya gosok gigi tanpa cuci muka dan tukar baju, kami pun bertolak dengan guna kereta saya, Proton Wira. Sebenarnya saya nak bawa kereta kesayangan saya Ferrari Dino, tetapi emak saya cakap kami harus keep it low profile, terpaksalah saya bawa kereta ini yang hanya 3tahun lebih muda daripada saya.
Apabila kami telah tiba pasar yang dekat bus stop depan KFC yang bersebelah dengan Astaka shopping center yang dimiliki oleh adik Boss Leong Huat yang itu kilang jual daging ayam yang supply daging ayam kepada KFC outlet di seluruh Johor according to my emak, long story short, saya meletakkan kereta saya di tengah jalan raya yang sibuk LIKE A BOSS.
Selepas meletakkan kereta saya, saya pun ikut mak saya pergi beli ikan. Semua ikan-ikan yang dijual di pasar sangat segar, sesegar tahi kucing jiran saya. Kami telah membeli ikan kamong yang sebesar tapak kaki, dan bebola ikan yang sebulat macam telur. Saya pun tak tau kenapa saya cakap bebola ikan itu sebulat macam telur kerana telur tu shape Oval bukan Round, but since semua orang suka cakap benda sebulat telur so saya ikut jerr.
Habis beli ikan, kami menuju ke gerai jual taugeh, sebenarnya saya pun tak berapa pasti dengan ejaan taugeh so saya type ikut cara saya pronounce it. Kalo salah beritahu so saya boleh buat pembetulan sebanyak 100kali. BALIK KEPADA CERITA ( back to the story), selepas emak saya pilih taugeh dan tauhu ( taufu yang sangat licin and smooth semacam tau fu fa but this one takda taste punya kena masak sama oyster sauce baru sedap), kami pun cabut ke gerai yang seterusnya kerana semasa mak saya bayar duit saya telah buat silap mata dan tukarkan duit sebenar dengan duit Saidina so saya boleh guna duit tersebut untuk beli iPad2 and Nintendo 3DS.
Dalam masa 2jam lebih.. okay la only 10minutes lepak di gerai sayur yang owner tu kawan mak saya dan mak saya sembang sama dia, saya telah menghapuskan 30 monsters dalam imaginasi saya. Apa boleh buat? Saya dah malas nak dengar gossip auntie-auntie.
Ini la cerita saya teman mak saya beli sayur. Sebelum balik ke rumah mak saya belanja saya makan sarapan yg tidak sedap dan buat saya nak muntah punya.
Saya sangat gembira dah harap lain kali mak akan bawa saya untuk beli sayur lagi. Saya juga berharap bahawa masa itu saya boleh beli ayam yang sebesar size Barney. Sekian Terima Kasih dan jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment